Friday, November 08, 2013

Akal budak

Aku kan budak lagi

Aku teringin kepada sebuah akuarium nak mampus besar.
Tak tak. Bukan untuk ikan. Sebab aku akan makan ikan tu.
Tapi untuk semut. Sebuah masyarakat semut dalam akuarium, di ruang tamu rumah aku. Sebagai pedoman.
Komuniti yang aku ingin menjadi sebahagian daripada mereka.
Sampaikan menjadi satu harapan, yang membangkitkan roh kebudak-budakan dalam diri aku. Setiap kali. Setiap masa aku ternampak kawanan semut yang sedang bertungkus lumus mengerjakan 'rezeki malang'.
Aku ingin menjadi sebahagian daripada mereka.
Tapi aku suka tidur dan mereka adalah jenis yang berkerja keras sampai tak pernah kenal apa itu tidur.

Aku nak sambung tidur. Mimpi, bawa aku ke sarang semut tuh. Lekas.

Saturday, September 21, 2013

Sepian

Doa aku pada malam ini dan malam-malam berikutya adalah sama. Memang akan sama. 
Aku mengait kalungan doa pada setiap kali batang tubuh aku tersungkur di celah-celah bilahan hari yang hambar. 


Aku mahu ber-evolusi. Bukan lagi hanya seorang homo-sapiens, tetapi menjadi super-sapiens. 


Tuhan. 
Tunaikan permintaan aku kali ini. Ini saja.


Kembangkan, besarkan sepasang tulang scapula aku agar menjadi sayap yang boleh aku tebar untuk hamba-hamba berteduh di bawahnya.

Seyka3

"Kau tengah pikir apa tu?"
-Soal aku sambil tarik tali kasut dia. Terurai. Aku biar.

"Tak ada apa. Kosong."
-Monotone. Dia jeling ke aku-tali kasut-aku-langit.
-Aku sengih. Sudah jangka.

---sunyi---

"Seharian aku dengan kau, baru sekarang dengar suara. Berat sangat?"
-Aku baring di sebelah dia. Merenung kayuhan awan.

"Sepasang Deltoid kau tu, macam sepasang sayap malaikat. Gagah."
-Langit lohong masih dia renung liar. Tiada mangsa.
-Satu senyum ringkas muncul.

POKKK!!!

"Cheesy la bodoh."
-Bubun aku ditepuk palmar. Mampat. Hilang dunia aku sesaat dua.

Menyerah saja

Tajam.
Ya, senyum itu tajamnya seperti sebilah pisau
Sekali kau senyum, maka terhirislah hati hamba-hamba
Dicakar ngilu yang kemudian mekar menjalar mengakar serotonin
Tanpa sedar
Orbicularis oris hamba-hamba juga menguntum satu senyum manis.

Seyka2

"Luka tu...kau rebah lagi?"
-Lutut, siku, tapak tangan bercalar dan masih merah basah.

"Mari sini aku tengokkan. Cepat."
-Hanya pacakkan jari tengah yang aku dapat. Kelu.

"Ini. Semua apa yang lu nampak ni, baru sikit. Yang lu tak nampak, kat sini."
-Jari tengah tadi ditujal berkali-kali ke dada.

Burn

Pendiskriminasi idea adalah golongan pemikir fakir.
 
-aku-

Akuan aku

Kita berinteraksi/berkomunikasi dengan orang tak kira di mana. Tapi aku perasan satu perkara. Tak kira siapa pun yang bercakap, topik yang paling dia suka adalah pasal diri dia sendiri. Ceritalah pasal apa sekalipun, last tu akan patah balik ke dia juga.

"AKU rimaslah dengan dia tu..."
"AKU rasa kalau..."
"AKU penat nak layan..."
"...memang macam tu. Tapi kalau boleh AKU nak..."
"Dia tak kisah pun AKU nak buat apa yang..."

Jarang ada yang perbualan yang harmoni.

"KITA pernah buat ni masa..."
"Nanti KITA pergi..."
"Apakata kalau KITA..."

Entah bila.

Elect

Kita memilih kawan yang ceria, meriah, melawak sakan n etc utk hidup dengan kenangan 

manis...tapi kita perlu jugak kawan yang pendiam...sebab depa pendengar yang baik dan 

setia bila kita perlukan tempat untuk mengadu... (seriously)

Senonoh

Kau
Bising sana sini
Nak mempertahan 'mahkota' kononnya
Tak sedar
Satu persatu laku kau menggugurkan tatahan permata pada mahkota tu.

Seyka

"Beb, kau rasa aku ni kasar ke?"
-Terus dia menguap. Tapi bukan palsu. Aku tahu.

"Kalau kau terasa ke apa, aku mintak maaf siap-siap nih."
-Dahi mula berkerut. Pandangannya beralih dari mata aku ke bucu meja.

"Tapi kau tak pernah merungut pun kan? Hahaha baguslah kau ni."
-Tenang. Dia buat air muka 'annoying, bapak keju'.

"Aku serius-lah bangkai!"
-Layangan lempang aku ke dahinya ditangkap. Macho sekali.

"Aku tahu kau tak suka cakap pasal ni, tapi bila lagi?"
-Lengan aku masih dalam genggaman dia. Makin kejap. Sakit sikit.

"Bukan. Aku ni penakut. Aku takut aku terbiasa dengan hadir kau dalam atmosfera aku. Bila satu masa kau lenyap nanti, aku akan terasa. Dunia aku hilang hampir semua. Kau pun begitu, kan?"

Perlahan cekak dilepas, perlahan tangan aku mencecah bumi. Hilang sakit di lengan, menjalar ke hati. Sayat. Akal terasa dibelit memori. Entah mana satu paling supernova. Ketat, bagai tak wujud istilah nafas. Kau saitan, sedarkan aku dengan semua ni.

Kubur realiti

Kenapa kita takut untuk bercinta dengan penipu?

Sedangkan kita sendiri dilahirkan di tanah yang pembangunannya dari dasar dusta bukan?

Cis cis cis!




Kita. Orang kita punya semangat ibarat mancis.

Sekali diguris, terus menyala berkobar-kobar.
Percik apinya kecil, panas dan membakar.
Tapi sekejap saja.
Api terpadam, tinggal hujung yang rentung dan rapuh.
Terbakar tak pernah habis-habisan sampai ke hulu.


Lalu batang itu dibuang jauh-jauh.


Mancis itu murah. Mujur ada berkotak-kotak. Mujur (?)
Sekali diguris, sekali menyala, sekali hangus, sekali dibuang.

Memang semangat kita bagaikan mancis.

Orang kata plastik itu sampah

Aku perhati saja.
Orang sekarang takut untuk menjadi diri sendiri. Orang sekarang takut pada orang lain yang sedang selesa menjadi diri sendiri.

Aku tak faham.
Kenapa orang yang sedang menjadi diri sendiri tu perlu ditohmah dan dipandang senget seperti alien?
Lalu orang yang 'plastik' itu pula dengan bangga mengangkat diri. Megah dengan kepalsuan. Malah dia dipuja dan diiktiraf oleh sekumpulan orang lain yang penakut.

'Plastik' itu lahir dari jiwa yang takut pada diri sendiri. Jiwa yang takut dirinya tidak disukai orang lain. Jiwa yang terlalu kisah pada kata dan persepsi orang. Jiwa lemah yang tak mampu mempersetankan dunia demi kebebasan diri.

Luncurlah dengan aman dan jadamkan saja segala serong hakim di depan.
Aku adalah AKU dan kau adalah KAU. Hidup dengan sendiri.

Hilang

Rindu rindukan katanya dari jauh sana. 
Aku hanya mampu berilusi halusi membayang gila kita bila bersama.

Hakikat

Satu malam aku bertanya, "Kalian, apa itu sayang?"

Ani - "Selagi kau setia dan sanggup berkorban."
Ayu - "Sesibuk mana pun, kau tetap ada masa untuk dia."
Ati - "Kalau kau sayang dia, kau tak akan sakitkan hati dia."
Acu - "Cemburu pun tandanya sayang jugak."
Awi - "Sayang tu macam aiskrim. Bikin hati sedap, sejuk dan cair."
Ali - "Kau bagi whiskas je kat die. Kompom die sayang kau."

Terima kasihlah Ali. Kau sorang saja yang faham aku. Asal bicara soal hati dan perasaan kenapa perlu dikaitkan dengan sesama manusia saja. Si Comel aku pun nak disayangi jugak kan? kan? kaaannnn?

Meaw~ meaaawww~

Saturday, May 18, 2013

Ice cold

Aku mahu ice blended.

Perisa darah kawan yang menikam belakang.
Make it fresh. And cold.

Revenge is a dish best serve cold.

Aku tunggu...

Kau jangan hilang dari mata aku
Nanti aku tak sedih

Kau jangan jauh sangat dari aku
Nanti aku tak mampu nak kejar

Kau jangan diam membisu saja
Nanti aku hilang arah

Kau jangan garang sangat dengan aku ya
Nanti aku tak berani ketawa

Temani saat akhir aku

Kalau aku pergi dulu
Jangan pula kau terburu-buru

Aku tunggu kau di sana
Sampai kita ditemukan kembali

...

Aku tidur dengan otak kosong
Aku bangun dengan otak kosong

Aku leka dibuai dengan angan
Kosong

Aku dihanyut oleh arus mimpi
Kosong

Dari pagi sampai ke malam
Aku tak tahu apa yang terisi

Aku bergerak tanpa perasaan
Cepat atau lambat
Tetap sama
Kosong

Pandangan aku tirus menyergah segenap sudut
Dengan sensasi sifar
Tiada motif
Kosong

Hari ini sama seperti semalam
Seperti 20 tahun yang lepas
Masih kosong

Aku menanti masa
Untuk corakkan bendera putih, yang kosong itu
Yang telah lama dikibar di laman hati
Mungkinkah warnanya akan sama dengan kau?

Bahasa membezakan darjat

Aku tersedar sesuatu.

Tingginya taraf juga gaya berbahasa seseorang mempengaruhi penghormatan dari orang lain.

Gemulah alam

Di atas dataran yang gersang
Terbaring jasad kaku
Terleka menerawang dibelai alam

Minda dilepas
Biar bebas mengembara
Menerobos setiap aras silam
Merungkai serba satu kisah

Pahit – manis
Terang – gelam
Bebas – kongkong

Namun tersentak kala pipi dikuis titis hujan
Tangisan dari langit menyata simpati pada hati
“Janganlah bersedih. Kau menangis, aku ikut menangis.”

Langit terus cuba memujuk hati
Hujan berganti gerimis dihiasi bias pelangi
“Kau memang suka buatkan aku jadi terharu, kan?”

Sesekali dedaunan gugur dari pohon
Lalu menepuk mesra ke pundak
Dan seketika aku dipukul sebak
“Bertabahlah. Bertahanlah wahai raga.”

Petang aku berlalu dengan suram
Dalam pelukan angin dari semua arah
Nyaman bayu mencengkam setiap alveolus
Lantas apa yang berat berubah ringan
Dengan izin dia menerbangkan segala bimbangku
Segalanya

Senja mencelah dengan jelita
Perlahan bayang bulan menyusur di dada langit
Dengan purnama ceria yang menenangkan
Perlahan juga matahari melewati kaki langit
Dengan sinar lemah yang suam mengelus dermis
Aku kembali senang. Tenang.

Murni lakumu padaku wahai alam
“Apa layaknya aku dilayan sebegini olehmu?”

“Bertenanglah duhai hati. Sudah puas kami memerhati.
Sepasang alis yang tak henti basah bertangis kerana sikap
segelintir celaka yang membinasakan kami.
Sekelumit hati pencinta yang kontang jemu membela tuju kami.
Bermanjalah dengan kami semahunya. Bila saja kau pinginkan.
Kerana engkau sangat berhak.”

-Acso-

Lumpur untuk semua

Seekor kucing comel terkejut beruk akibat disergah anjing liar yang tidur-tidur ayam. Kucing comel lalu terlatah lantang, "Babi betul la anjing nih!"

Burung dan rama-rama hanya tertawa. Kambing tersenyum dan lembu masih sibuk mengunyah rumput. Kerbau juga terdengar latahan si comel lalu terbahak sambil melibas ekornya, maka terpalitlah lumpur pada semua binatang lain.

Sembuh sediakala

Mereka bertempur bagaikan punya 7 nyawa. Setiap anggota yang terputus ditinggalkan saja, guna apa yang ada dengan kudrat yang megah. Lalu datang paramedik menabur habuk magis pada luka mereka.

Bagai dilahirkan semula ke dunia.

Luchentagwa

Pada setiap dengus nafasnya terkandung wabak 'bahagia' yang keras. 'Luchentagwa'. Tak kira siapa yang terjangkit, pasti rebah hatinya. Hilang sedar dipukau.

"Lu sudah chenta pada gua."

Monday, April 29, 2013

Aku jutawan di hatimu


Megamall

Ini hari bahagia. Mungkin.
Aku punya separuh hari bersama si gadis, Tisha. Kami merayau di segenap kota, habiskan sisa minit di bawah cahaya matahari dalam taman. Menyemak di ceruk satu dua bangunan tempat masyarakat membeli-belah tapi lagaknya bagai hanya kami berdua saja yang bercicit ke sana ke mari dalam bangunan besar begitu. Bikin hati terbang.

Berjalan seiring, langkah selari, hati bersama pakatnya bila mengorak kaki. Belasan premis dilintasi tapi tak satu pun dihinggap minat untuk menyinggah. Lengan berpaut tangan, tubuh diheret tanpa belas tapi penuh kecomelan mengundang asid cemburu mata-mata lain yang melirik.


Kami ke sebuah kedai cenderahati. Masing-masing meliar mata ke seluruh inci ruang kedai, banyak barang yang sesuai bagi pasangan hangat bercinta keju. Si gadis memaku tiba-tiba dan aku terlanggar belakangnya. Sakitnya bila sanggul rambut yang dicekak walau di sebalik tudung mencucuk mata aku. Tisha hilang dari dunia buat seketika, hati berkenan benar pada sebiji mug putih berhias calitan pohon sakura warna hitam dan merah. Mug diangkat, dihalakan ke muka aku dan Tisha tersenyum. Bibir tanpa sepatah kata tapi matanya yang menyampaikan. 

“Please...”.


Aku senyum, setawarnya. 

“Kau tahukan aku sangat pokai sekarang ni?”


Senyuman Tisha tinggal bayang dalam kepala aku. Mug diletakkan kembali.
Tisha menghadap aku. Tanpa sebarang klu, dan tak sempatnya aku berpencak
Tisha terlebih dahulu mencubit isi perut aku. Pedih bapak.


“Jaro tahukan kata-kata itu doa? Mahunya termakbul doa tu nanti, satu sen pun takda. Nak sangat ke macam tu?” 

Isi perut sambil ditarik-tarik selari dengan rentak nada kata-katanya. Cubitan tak berbayang mendarat atas parut luka lama. Hanya mampu menyumpah maki dalam hati tapi aku cuba juga tersenyum bodoh yang sangat tak bermakna dalam menahan peritnya cubitan di perut. Seketika, dia lepaskan dan mengeluh. Berat. Pandangan dikitar pada deretan tudung, cukup 7 warna pelangi pelbagai corak, berhias manik bertatah batu bikin kilau bajet mengancam. Tisha berlalu sendiri, tak ajak aku pun.

Mata aku mengekor jalannya si gadis, kaki aku membatu, tangan aku kemas di perut macam qiam silat cekak. Sedaya mungkin menahan sakit. Usaha jugak aku menurut langkah si gadis dari belakang tapi menyiput. Leka sungguh si gadis dengan tudung-tudung di situ.

“Awak. Nak tahu tak? Sebenarnya saya ni kaya sangat, jutawan gila-gila.” 


Kata-kata ini hanya terpacul, meluncur macam papan selaju Tony Hawk tanpa permisi dari otak aku. Momen itu aku hanya boleh tekad terima saja reaksi balas dari Tisha. Leganya sikit bila kata-kata aku mampu mencuri perhatian si gadis dari tudung-tudung yang tak hensem di situ. Makin membuak leganya bila si gadis toleh ke aku, melirikkan senyum dan ketawa angin. 

“Haa sakit tak? Tu baru sikit.”

Malam semakin melarat. Puas berjalan, perut lapar.
Kami putuskan untuk ke kedai mamak saja. Sekadar alas perut dan minum.
Menu sama, roti canai telur dan teh ais. Perbualan kami kecil semena tumpuan lebih pada juadah walau tak seberapa. Sebentar kemudian, selesai dan sampai masa nak blah. Si gadis sekali lagi beraksi sebijik macam awal tadi.


“Awak tahu? Jutawan mana bawak duit merata-rata, bahaya.” 
Sekali lagi aku berbicara spontan.


Si gadis dengan hampir tergelak, 
“Ya lahh, Tisha belanja.”

Pak Guard Nayan



Sekolah Menengah Kebangsaan Timbun Temulang

“Hoi! Siapa tu?”

“Pak Nayan! Ini saya lah, Danis.” Tangan kanan diangkat separas muka menepis serakan cahaya dari lampu suluh Pak Nayan. Terang silau dalam gelita mampu bikin pinar pada orang kebiasaan, inikan pula mata Danis yang rabun silau. Pandang cahaya terang sikit dah mual macam mak-mak hamil.

“Lahai hang apa buat kat sini? Mengendap toyol?” Gurau tak bertapis dah jadi resam dalam diri pak cik pengawal separuh abad yang sorang ni. Tambah pulak pasal hantu, kena dengan tempat yang seram sejuk begini lagi hitam pekat isi hantu dalam gurauan. Hyperbola bertempat bak kata pengetua. Lampu suluh masih dihala ke muka Danis, saja dimain-main pada muka sambil langkah diperkecilkan dan perlahan menghampiri sisi Danis.

Saat jarak sejengkal, pantas palmar Danis menepis tangan Pak Nayan yang memegang lampu suluh. Satu tumbukan manja singgah di perut Pak Nayan tapi tak pula dielak malah disuap pula mimik muka  menganjing kelat pada Danis. Teruk betul rupanya. Melebih-lebih.
“Hish. Muka suci, rupanya kaki buli jugak orang tua nih!” Tawa terberai jua antara mereka berdua.
“Pak pocong tiri hang tak sampai mai lagi ka? Lama dah tunggu?” semakin menjadi senda sakat Pak Nayan.
“Dah dekat 10minit tunggu. Kejap lagi sampai lah kot. Bebudak kat asrama pun semua tengah kebulur ni. Malam exam week camni pulak, bersepah la zombi nak buru nasi lemak. Budak BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) pun ada tempah jugak, buat sahur. Pak Nayan teman saya kejap boleh tak?” Danis mengatur langkah, licik berakal minta teman melepak.

“Biasaa nak. Biasaa. Upah nasi lemak dua bungkus tau hahaha.”
Giliran Pak Nayan pula menikam langkah menyusun jerat. Simpati, kasihnya pada orang muda tak surut. Sudah 17 tahun menjadi pengawal keselamatan sekolah tapi tak pernahnya dia luahkan jemu. Anak ramai tapi semua sibuk menuai harta di dunia kota, setiap tahun janji sama juga ditabur. Janji nak balik hujung bulan tapi tak juga sampai. Entah apa makna hujung bulan pada mereka. Tengah buat roket gamaknya, macam hujung bulan tu jauh sangat.

“Dua bungkus saja? Baru ingat nak bagi semua hahaha.” Pak Nayan laju angkat tangan nak menempeleng tapi Danis lagi pantas sedia menangkis. Pak Nayan turun tangan. Seraya tangan Danis turun penumbuk manja hinggap di perut Danis. Malang. Tak cukup manja. Danis tertunduk mengaduh dalam senak, perut lantas keliru antara nak kentut atau sendawa. Pak Nayan cuma tercegat tak menunjukkan sebarang emosi. Hanya menjadi annoying dengan ditari-tari sinar lampu suluh pada muka Danis.
“Buurpp!”
“Puuttt~”
Keluar dua gas serentak. Pak Nayan terbahak.

“Tudia aih. Boleh buat rekod! Takpun Ripley’s believe it or not Hahaha!” Jelas sungguh kesaitanan dalam diri Pak Nayan masa tu. Gelak sampai terduduk sambil telunjuk kanan menunjuk-nunjuk muka Danis, tangan kiri menahan senak, kejang di otot perut betis tak dihirau lalu digelak juga sampai puas. Nak mengaduh kat rumah pun boleh katanya.

Tuesday, March 05, 2013

Kejadah Mindset!!!

Beza faktor dalam minat sesuatu (Edisi Woman's Logic):

Filem (Kat panggung wayang):
M: Best gila kan cerita tadi? Rasa cam nak tengok lagi 80 kali.
W: A'ah! Hero dia hensemmm sangat! Partner hero pun comeyyy! Eeeeiii geram lah! 
M: Tapi yang heroin tu bakat berlakon dia terserlah betoi lah. Intonasi suara pun padan dengan skrip, mimik muka pun masuk dengan situasi... Hero tu hensem tapi berlakon cam kain buruk ja pun kan?
W: Amboih puji sakan aih kat heroin tuh! Penampaq sedaih dua nak??
M: Benda betui kot...
W: *Papppp!!!!
M: *Menepis dengan hensem.

Lagu (Kat kedai cd sebelah panggung wayang tadi):
W: Minat lah kat mamat ni!!! <333
M: Awat? Hebat tang mana sangat?
W: Dah la hensem! Suara pun sedap! weewitttt~~ I'm in love lah! ♥
M: Pernah dengaq pasai minah ni dak? Lagu sendiri, lirik sendiri, arrangement muzik pun sendiri. Kagum gak la dia boleh main macam-macam instrument. Lirik dia pun menikam kott.
W: Puji laa minah tu..puji laa lagi!
M: ........
W: Laa awat diam? Puji la lagi!
************************************************

Hensem dan suara sedap tu suatu anugerah. Memang bakat pun anugerah, tapi perlu diasah dan dilatih berpuluh juta kali.

Hensem tu yang patut dipuji Allah bukan orang tu. Jauh lagi untuk dipuja.
Bakat tak salah dipuji sebab memang orang tu berusaha dan bila dapat pujian dia akan lebih motivated ah nak buat lagi bagus. Riak tetap salah.

Sia-sia orang tu jadi PELAKON bila orang lagi pandang kehenseman dia daripada mutu lakonan. Orang puji dia hensem ja tapi tak sapa pun komen gaya lakonan dia. Syok sendiri ja la paihtu.

Awek tadi puji pelakon tu hensem tapi takda apa yang dia boleh contohi.
Balak tu puji bakat heroin, sikit sebanyak dia boleh gak try tiru gaya lakonan.

Awek puja penyanyi tu hensem. Dia bangga, himpun dan simpan berjuta gambar laki tu. Pi mana-mana bawak gambaq lam semakfon.
Balak tu kagum dengan bakat, usaha minah yang tak lawa tu. Dia simpan lirik, lagu dan vlog minah tu. Pi mana-mana nyanyi lagu yang tak mainstream tu.

Hang suka paras rupa orang, sampai bila pun hang tak boleh dapat imej sebijik cam orang tu.
Hang teruja dengan bakat orang. Hang azam, usaha, pulun bagi lebih dan satu hari nanti hang boleh jadi orang yang berbakat macam artis lain.

Tak akan bercambah kualiti nyanyian, lakonan kalau rupa paras yang jadi ukuran. Orang hensem saja diterima masuk TV, orang cantik saja boleh menyanyi.
Secara mainstream.

Underground tak diterima ramai sebab tak cukup hensem. Walhal ramai gila orang yang bakat dia lagi 'hensem' dari muka orang lain.

Saturday, February 23, 2013

'You have to believe that they were wrong!'


Please, just watch this video and relate.

To the troopers that have been bullied, been called names, all that jazz where society decides you're not cool enough for them.

'You have to believe that they were wrong!'

via 
The Venopian Solitude 

Monday, February 18, 2013

Apa?! Introvert? Kau?


I'm bored. So, here's a thought.

Introvert = Herbivore
Extrovert = Carnivore
Ambivert = Omnivore

Can you relate?

Kisahnya, aku ada jumpa beberapa orang yang jelas sifat ektrovertnya dan juga seorang kaunselor sekolah tapi tak cukup dengan tu, aku bertukar pendapat pulak dengan dua tiga orang mat salleh. (Saja test aku punya English...off course masih ke longkang.)


Apa yang jadi bila aku bertemu dengan kenalan yang ekstrovert?
Bagi mereka golongan yang introvert ni tak 'popular', not friendly, lemah, terlalu pendiam, tak reti bergaul, suka bersendirian, asyik berfantasi dan anti-sosial. 
Dengan itu mereka ini akan cuba untuk mengubah dan menarik aku ke dalam dunia mereka.
Jadinya dalam setiap kali pertemuan melepak dan sesi sembang kencang aku akan tetap ada tapi sebagai penyumbang meriah dari segi keramaian bukan dengan  kelantangan suara.
Hampir setiap buah perbualan tak akan melibatkan aku. Disisihkan.
Tak berjayalah jugak aku diheret ke lembah ekstrovert.


Aku bersembang dengan kaunselor sekolah. Aku isukan mengenai Introvert Vs Ekstrovert. Apa yang jadi?
Sebelum apa-apa, aku mengaku terus kat kaunselor tu yang aku adalah 100% introvert. Dia faham. Kemudian aku kata aku tahu perbezaan antara dua personaliti ni. Dia balas dengan mudah. Dia slow talk dengan aku dan menyatakan yang introvert ini tak bagus, tidak ideal dan sebagainya yang menolak (reject). Kemudian dengan berbesar hatinya dia mengofferkan aku tips untuk menjadi lebih ekstrovert.
Aku jadi macam (dafuq?). Aku bertingkah sedikit defensif, aku maklumkan bahawa aku senang, selesa dan suka menjadi seorang yang introvert. Putus. Sampai sekarang perbualan ini masih tergantung.

Aku menyuarakan pendapat (dan sikit emosi) kat satu laman sosial yang dihuni para introverts. Apa jadi?
Cuma tiga orang mat salleh yang terlibat. Semua mereka bagi aku pendapat yang paling positif. Mereka kata sesiapa yang introvert ini tidak bersalah. Malah boleh kata pilihan yang tidak langsung diputuskan, terjadi sendiri. Sesiapa sekali pun sepatutnya menghormati trait personaliti orang lain. Bukan senang-senang saja suruh orang yang introvert menjadi ekstrovert. Sorang mat salleh tu cakap, kaunselor aku tu tak layak untuk menjadi kaunselor sebab tak respek keputusan, pilihan dan personaliti orang/klien.

Aku simpulkan jugak. Bila kita nak ubah personaliti seseorang yang introvert kepada ekstrovert, aku ibaratkan macam dia nak ubah makhluk yang herbivor menjadi karnivor. Macam mana gaya? Bahana beb.

Daripada orang bersusah-payah nak ubah seorang yang intovert jadi ekstrovert, kenapa tak educate saja golongan ekstrovert ni untuk faham sifat introvert, respek, juga belajar bagaimana nak bergaul dengan kami. Setel.



Nak belajar? Meh aku suap, tinggal kau nak hadam saja.
http://lolsnaps.com/news/46916/0/

Sunday, February 17, 2013

Hidup/Syurga

via Faiz Sufi

Ramai dari kita bercita-cita nak masuk syurga, tetapi dalam masa yg sama, kita takut MATI.

Why ?
Syarat untuk masuk syurga adalah MATI terlebih dahulu. tapi kita takut nak mati...

Pendek kata jugak

Orang akan tetap beranggapan yang duit tu adalah dosa dan menjerumus kepada dosa. 

Tapi lastly takdak sapa pun yang boleh hidup tanpa 'dosa' tu.

Tempias

Tempias. 
Baik mahupun busuk, segala macam ada.

Tempias baik dari serpih orang beramal.
Sekali calit merbak dia macam kasturi.

Tempias busuk dari sisa orang berlingkar dosa.
Silap palit berbau menusuk macam palat.

Cirque du Freak



Berkelakuan gila-gila tu tidak gila,
tapi berpura-pura 
normal itu paling gila.


Weh, sedangkan orang gila pun tak mengaku dia gila. 
(Geddit? Uhh nevermind)

Saturday, February 16, 2013

Bila Belog aku diSampahkan orang

Ada gua kisah?

Cinta Aksara dan Digit

Aku hidup dalam dunia dengan aksara yang terhad.
Aku berjuang dalam hidup digit yang infiniti.

Namun aksara yang limit ini mampu menaikkan satu perasaan indah bila tercipta istilah B.A.H.A.G.I.A dan juga C.I.N.T.A. yang memberi tamparan fantasi berzaman.

Digit yang tidak berpenghujung, sentiasa ada tetapi jauhnya seluas kewujudan kehidupan atas bumi. Memberi harapan yang tak putus-putus.

Aksara dan Digit tak pernah berjaya dipisahkan.
Saling memerlukan, kadang menyusahkan.

Romance Algebra yang bikin migrain.


Haakkktuih!

Thursday, February 14, 2013

Hati, Bintang lalu Tahi


Cinta yang pernah cerah bersinar dan berkerdipan seperti bintang, 
bila hilang arah akan semakin pudar, hilang cahaya lalu gugur.

Jadi tahi bintang.
Selamat Malam semua hati cinta supernova.

Tuesday, February 12, 2013

Hati aku perlukan jem strawberi

Aku kadang suka tengok orang yang gemar puji diri sendiri.

Kisahnya,
Kalau tak angkat bakui sendiri, memang takkan ada orang lain nak tolong angkat dengan ikhlas.


Hati aku perlukan jem strawberi. 
Dah kalau memang takda orang lain nak sedapkan hati aku, sapa lagi?

Bila kepsi rasa cam shit

Nikmat diseka musibat.

Pernah rasa?
Selera makan yang tengah tak jinak dan pantang menyaksi juadah tapi disekat dengan kehadiran 6 ulser dalam mulut pada 1 masa yang sama?
- 2 di bibir bawah
- 1 di bibir atas
- 1 di bawah lidah
- 1 di gusi gigi depan bawah
- 1 di belakang pipi

Perasaan tu macam nak mencarut je setiap kali nampak kepsi, 

beger bakaq la bagai.

Nak'Harooommm!

Monday, February 11, 2013

Pendek kata 4

Hipotesis:
Semakin besar kereta seseorang, semakin kecik otak beliau.

Bongkak mendabik dada hingga hilang etika di jalanan.
Laku kepalang sailang bajet kepala besi.
Impak dia sampai pak lebai pun boleh tercarut.

Hidup Ini Pilihan

Ada orang boleh hidup dengan gaji RM2000 sebulan.
Ada orang tak boleh hidup dengan gaji RM5000 sebulan.

Ada orang gaji RM2000, anak 5, tapi cukup.
Ada orang bujang, gaji RM5000, tak cukup-cukup.
******************************

Nilai cukup itu bukan terletak pada banyaknya yg kita dapat,
Nilai cukup itu adalah 'keberkatan' rezeki yang kita terima.

Ada orang gaji sikit, tapi anak-anak dengar kata, jarang jatuh sakit, tak ada apa-apa musibah,

Ada orang gaji banyak, tapi sibuk, anak sorang dua sahaja, kena bayar itu ini.

Kaya tak semestinya bahagia, miskin pun tak semestinya bahagia.
Cukup dengan sekadar apa yang ada,
Cakap senang, pelaksanaannya cukup payah.

*****************************
Masa aku bujang ni, nak pakai kereta smart-smart.
Kereta smart-smart = Mahal bayaran bulanan.
Akibatnya ? tangguh nak menikah..
Atau , buat kerja part time untuk menampung duit keluar.
Masa senggang kurang.

"Dunia ini cukup untuk keperluan seluruh manusia,
tetapi sikit untuk ketamakan seorang manusia."

Cakap senang, nak buat tu payah.
NAFSU aku patut kena tibai banyak lagi neh !

*Nak jadi kaya tak salah, nak miskin pun tak salah. How you manage your wealth will be ask in Mahsyar Court.
Hidup ini pilihan.

via Faiz Sufi

Pendek kata 3

Spend duit poket. Antara makanan dengan buku.
Kau kena faham.

Makanan tu sekali kenyang sekali nikmat, 
tapi buku sekali godak sejuta kali neuron berkembang.

But, yeah... Have it your way lah.

Pendek kata 2

Metafora + Hyperbola =

Benda kecik jadi besar.
Yang biasa jadi indah belaka.
Yang biasa jadi palat supernova.

Nampak? hahaha

Pendek kata 1

Selalunya dalam sesuatu hubungan tu kepulunan lebih terserlah pada spesies yang berjenis feminin.

Yang spesies jantan tak berapa nak hero tu, toya dengan kebajingan sendiri. 
Pastu menadah hamun.

Relationshit jadinya.

Friday, February 08, 2013

Otai rindu

Kadang rasa macam nak je aku jentik fallopian tube kau.
Biar senak sampai ke sum-sum.
Bagi terburai segala kapilari lalu membasahkan hati kau dengan rasa cinta.

Lalu lemas dalam rindu abadi.

Kaki bintang

‎...76...77...78...79...

Aku tengah kira bintang. Aku sanggup habiskan.
Bukan sebab nak buktikan cinta.
Tapi nak tunjuk yang aku tak discalculia.
Aku dah serik diduakan. atau tiga. 
mungkin empat?

setan betul.

Lawa Kematian

Aku kenal seorang ni.

Dia kata kematian itu sendiri cantik dan indah.
Membawa berita gembira kepada orang baik-baik.
Memberi kerinduan pada yang beringat.
Menyebar kewangian pada kehidupan.

Dia kata orang yang beriman dan kematian
ibarat pasangan kekasih yang mencandu cinta.
Semakin dekat, semakin gembira.
Sikit bibit gabra, tapi teruja.

Seri itu datang selepas kematian.

Tuesday, February 05, 2013

Jaro


Jab, jab, right hook.
Jaro masih belum puas. Gilanya datang balik. Walaupun sudah lima kali jutsu kombo kegemarannya itu dilayangkan ke sebuah punching beg. Peluh semakin renik di segenap tubuh, dengan baju pejabat yang belum sempat dilucutkan. Amarah shaiton dalam diri masih belum dapat dijinakkan. Namun Jaro terpaksa akur pada tubuh, tunduk sambil kepala menggeleng-geleng mencari nyawa. Semput.

“Hampeh! Baru tinggal tiga hari dah bikin semput.” Kedua-dua tangan Jaro menapak pada kepala lutut. Oksigen dan karbon dioksida berselisih ganti mengharung trakea untuk ke alveolus di segenap paru.

Tubuh diundur, langkah diatur dua tiga ke belakang mendepang ruang. Jaro melucutkan satu persatu. Jaket mahal, tali leher, kemeja, jam Casio dan singlet hitam. Susuk tubuhnya dilingkar tiga empat jenis parut di tempat lain-lain dengan terselit pelbagai kisah yang malas diungkit, dibiar tertanam bersama di sebalik parut. Satu persatu parut berbalur dilayari jari jemari mulus, nafas semakin kencang tak semena. Jaro mendengus macam bison gila darah lantas mencapai sepasang sarung tangan tinju yang tergantung dan disarung kemas pada tangan. Penumbuk digenggam kemas, punching beg digodam lagi ibarat meteor menghentam bumi.

Royan Jaro tiba-tiba ditarik dengan deringan semakfon yang hanya kedengaran sayup dari poket jaket mahal. Satu mesej diterima, turut tertera nama Tisha pada skrin. Hati yang dirodok dendam amaratu bissuk kini beralas permaidani flora. Jari Jaro menari dengan cekap selincah kougar pada muka skrin semakfon sambil wajah keayuan  Tisha bermain-main di kotak imagi.

“Malam ni pukul 8, tempat luar biasa. Kau tahu kan?”
Mesej ni bikin kerut pada dahi luas Jaro yang licin dan bebas cemar gerutu jerawat. Dia gumam menggali lubang memori sambil merungkai klu pada mesej ringkas Tisha. Tapi macam tak sampai.
Tempat luar biasa mana yang kau maksudkan ini? Baru lima kali kita keluar sekali bersemuka setelah 15 tahun hilang khabar dan setiap kali pun berjumpa di tempat lain-lain.

“Aaah! Setan la kau ni Tisha. Selalu buat aku macam ni.” Monolog Jaro sendirian sambil tepuk dahi dengan tapak tangan yang masih bersarung. Tak semena-mena lagi satu mesej dari Tisha meluncur ke semakfon Jaro.

“Annoying tak? Hehe Kita lepak medan lah malam ni. I kepingin Char kueytiaw.”
Jaro tersengih kerang macam dia sorang saja yang terer sengih dalam dunia ni. Saat itu hati kembang tak tawar mengalahkan gula yang memikat segala serangga dari dunia hobbit untuk turut gedik mencuit .

Monday, February 04, 2013

Sangsi

Aku tak tahu apa akan jadi pada semua maknusia...

Kalau satu hari nanti aku dapat invent satu item:

'Alat pengukur tahap persahabatan'.

Yang boleh bikin kanser pada sosial.
Kasi impak paranoid pada hati yang rapuh.
Mungkin makin ramai yang kan jadi lone ranger.

Serious shit!

Sunday, February 03, 2013

fair?

Kalau orang perempuan menghamun kaum lelaki kerana tidak pandai mengawal nafsu syahwat,

Cubalah orang perempuan terlebih dahulu kawal nafsu mungkar dan keinginan mu untuk berpakaian yang terdedah sana sini

Kalau orang perempuan boleh, tak susah la lelaki nak kawal nafsu...

Ironi kan?
Persoalan yang hampir sama dengan soalan:
"Antara ayam dan telur, yang mana wujud terlebih dahulu?"

cuma bezanya

"Antara perogol dan perempuan berpakaian seksi, yang mana muncul terlebih dahulu?"

Setakat nak membangkang dan membantah dalam kedhaifan ilmu semata-mata untuk ikut peredaran fesyen...memang JAHIL

Aku taktau macam mana perempuan pakai seksi, tertonjol sana sini lepas tu nak expect takda lelaki pandang...

Bila lelaki yang comot selebet terpandang dikatanya miang tapi bila lelaki kacak pandang, dia pula yang gedik lebih, lentok liuk badan tonggeng sana sini tunjuk kat laki tu....

Aku taktau macam mana perempuan yang pakai seksi-seksi tu berani jamin dirinya tak akan dirogol. Tapi diusik, dirogol, lelaki pula dipersalahkan atas sebab tak reti kawal nafsu.

Aku taktau macam mana orang-orang perempuan ni expect orang lelaki nak kawal nafsu yang walhal air mata sendiri pon tak mampu nak kawal

Kalau perempuan nak expect lelaki untuk kawal nafsu syahwat mereka, tidakkah mereka terasa macam hampeh?

kalau kaum lelaki berkata "kami expect orang perempuan dapat menahan nafsu duniawi mereka untuk tidak memakai pakaian seksi lantas menutup aurat dengan sempurna"

Fair tak?

sinopsis: Laif Saikel


Melingkar likuan laku, melopor haluan nafsu

Mentaharah kalimah nista

Muntah darah la bagai ditulah

Kita hanyut terbiar sayup, kelambaian celah hari nanti dibelah

Tak berlabuh sang tari tak terkejar si purnama

Meriuk raga melacur isi pati kejujuran

Hilang kisah pada simpati, lalu empati disepah

Tak bergoyah sang pohon tak terkuis si bayu

Mangli barangkali

Kita dimanusiakan, ditaruh kecintaan

Ia lah lebah yang saring mencari botani

Tapi transit di bunga, debunga dilarikan

Menghindar si flora pasrah berserah, masih berkembang memberi senyum

Tak berbaran sang bunga tak tertabu si lebah

Bunga tak dendam
Lebah gembira

Bunga berbisik sendiri,
"Satu hari tiada lagi debunga, tapi virus. Maut."