Saturday, September 21, 2013

Sepian

Doa aku pada malam ini dan malam-malam berikutya adalah sama. Memang akan sama. 
Aku mengait kalungan doa pada setiap kali batang tubuh aku tersungkur di celah-celah bilahan hari yang hambar. 


Aku mahu ber-evolusi. Bukan lagi hanya seorang homo-sapiens, tetapi menjadi super-sapiens. 


Tuhan. 
Tunaikan permintaan aku kali ini. Ini saja.


Kembangkan, besarkan sepasang tulang scapula aku agar menjadi sayap yang boleh aku tebar untuk hamba-hamba berteduh di bawahnya.

2 comments:

  1. Mungkin kau perlu usaha lagi. In sha allah. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin aku akan dikurniakan kelebihan lain.

      Delete