Saturday, February 23, 2013

'You have to believe that they were wrong!'


Please, just watch this video and relate.

To the troopers that have been bullied, been called names, all that jazz where society decides you're not cool enough for them.

'You have to believe that they were wrong!'

via 
The Venopian Solitude 

Monday, February 18, 2013

Apa?! Introvert? Kau?


I'm bored. So, here's a thought.

Introvert = Herbivore
Extrovert = Carnivore
Ambivert = Omnivore

Can you relate?

Kisahnya, aku ada jumpa beberapa orang yang jelas sifat ektrovertnya dan juga seorang kaunselor sekolah tapi tak cukup dengan tu, aku bertukar pendapat pulak dengan dua tiga orang mat salleh. (Saja test aku punya English...off course masih ke longkang.)


Apa yang jadi bila aku bertemu dengan kenalan yang ekstrovert?
Bagi mereka golongan yang introvert ni tak 'popular', not friendly, lemah, terlalu pendiam, tak reti bergaul, suka bersendirian, asyik berfantasi dan anti-sosial. 
Dengan itu mereka ini akan cuba untuk mengubah dan menarik aku ke dalam dunia mereka.
Jadinya dalam setiap kali pertemuan melepak dan sesi sembang kencang aku akan tetap ada tapi sebagai penyumbang meriah dari segi keramaian bukan dengan  kelantangan suara.
Hampir setiap buah perbualan tak akan melibatkan aku. Disisihkan.
Tak berjayalah jugak aku diheret ke lembah ekstrovert.


Aku bersembang dengan kaunselor sekolah. Aku isukan mengenai Introvert Vs Ekstrovert. Apa yang jadi?
Sebelum apa-apa, aku mengaku terus kat kaunselor tu yang aku adalah 100% introvert. Dia faham. Kemudian aku kata aku tahu perbezaan antara dua personaliti ni. Dia balas dengan mudah. Dia slow talk dengan aku dan menyatakan yang introvert ini tak bagus, tidak ideal dan sebagainya yang menolak (reject). Kemudian dengan berbesar hatinya dia mengofferkan aku tips untuk menjadi lebih ekstrovert.
Aku jadi macam (dafuq?). Aku bertingkah sedikit defensif, aku maklumkan bahawa aku senang, selesa dan suka menjadi seorang yang introvert. Putus. Sampai sekarang perbualan ini masih tergantung.

Aku menyuarakan pendapat (dan sikit emosi) kat satu laman sosial yang dihuni para introverts. Apa jadi?
Cuma tiga orang mat salleh yang terlibat. Semua mereka bagi aku pendapat yang paling positif. Mereka kata sesiapa yang introvert ini tidak bersalah. Malah boleh kata pilihan yang tidak langsung diputuskan, terjadi sendiri. Sesiapa sekali pun sepatutnya menghormati trait personaliti orang lain. Bukan senang-senang saja suruh orang yang introvert menjadi ekstrovert. Sorang mat salleh tu cakap, kaunselor aku tu tak layak untuk menjadi kaunselor sebab tak respek keputusan, pilihan dan personaliti orang/klien.

Aku simpulkan jugak. Bila kita nak ubah personaliti seseorang yang introvert kepada ekstrovert, aku ibaratkan macam dia nak ubah makhluk yang herbivor menjadi karnivor. Macam mana gaya? Bahana beb.

Daripada orang bersusah-payah nak ubah seorang yang intovert jadi ekstrovert, kenapa tak educate saja golongan ekstrovert ni untuk faham sifat introvert, respek, juga belajar bagaimana nak bergaul dengan kami. Setel.



Nak belajar? Meh aku suap, tinggal kau nak hadam saja.
http://lolsnaps.com/news/46916/0/

Sunday, February 17, 2013

Hidup/Syurga

via Faiz Sufi

Ramai dari kita bercita-cita nak masuk syurga, tetapi dalam masa yg sama, kita takut MATI.

Why ?
Syarat untuk masuk syurga adalah MATI terlebih dahulu. tapi kita takut nak mati...

Pendek kata jugak

Orang akan tetap beranggapan yang duit tu adalah dosa dan menjerumus kepada dosa. 

Tapi lastly takdak sapa pun yang boleh hidup tanpa 'dosa' tu.

Tempias

Tempias. 
Baik mahupun busuk, segala macam ada.

Tempias baik dari serpih orang beramal.
Sekali calit merbak dia macam kasturi.

Tempias busuk dari sisa orang berlingkar dosa.
Silap palit berbau menusuk macam palat.

Cirque du Freak



Berkelakuan gila-gila tu tidak gila,
tapi berpura-pura 
normal itu paling gila.


Weh, sedangkan orang gila pun tak mengaku dia gila. 
(Geddit? Uhh nevermind)

Saturday, February 16, 2013

Bila Belog aku diSampahkan orang

Ada gua kisah?

Cinta Aksara dan Digit

Aku hidup dalam dunia dengan aksara yang terhad.
Aku berjuang dalam hidup digit yang infiniti.

Namun aksara yang limit ini mampu menaikkan satu perasaan indah bila tercipta istilah B.A.H.A.G.I.A dan juga C.I.N.T.A. yang memberi tamparan fantasi berzaman.

Digit yang tidak berpenghujung, sentiasa ada tetapi jauhnya seluas kewujudan kehidupan atas bumi. Memberi harapan yang tak putus-putus.

Aksara dan Digit tak pernah berjaya dipisahkan.
Saling memerlukan, kadang menyusahkan.

Romance Algebra yang bikin migrain.


Haakkktuih!

Thursday, February 14, 2013

Hati, Bintang lalu Tahi


Cinta yang pernah cerah bersinar dan berkerdipan seperti bintang, 
bila hilang arah akan semakin pudar, hilang cahaya lalu gugur.

Jadi tahi bintang.
Selamat Malam semua hati cinta supernova.

Tuesday, February 12, 2013

Hati aku perlukan jem strawberi

Aku kadang suka tengok orang yang gemar puji diri sendiri.

Kisahnya,
Kalau tak angkat bakui sendiri, memang takkan ada orang lain nak tolong angkat dengan ikhlas.


Hati aku perlukan jem strawberi. 
Dah kalau memang takda orang lain nak sedapkan hati aku, sapa lagi?

Bila kepsi rasa cam shit

Nikmat diseka musibat.

Pernah rasa?
Selera makan yang tengah tak jinak dan pantang menyaksi juadah tapi disekat dengan kehadiran 6 ulser dalam mulut pada 1 masa yang sama?
- 2 di bibir bawah
- 1 di bibir atas
- 1 di bawah lidah
- 1 di gusi gigi depan bawah
- 1 di belakang pipi

Perasaan tu macam nak mencarut je setiap kali nampak kepsi, 

beger bakaq la bagai.

Nak'Harooommm!

Monday, February 11, 2013

Pendek kata 4

Hipotesis:
Semakin besar kereta seseorang, semakin kecik otak beliau.

Bongkak mendabik dada hingga hilang etika di jalanan.
Laku kepalang sailang bajet kepala besi.
Impak dia sampai pak lebai pun boleh tercarut.

Hidup Ini Pilihan

Ada orang boleh hidup dengan gaji RM2000 sebulan.
Ada orang tak boleh hidup dengan gaji RM5000 sebulan.

Ada orang gaji RM2000, anak 5, tapi cukup.
Ada orang bujang, gaji RM5000, tak cukup-cukup.
******************************

Nilai cukup itu bukan terletak pada banyaknya yg kita dapat,
Nilai cukup itu adalah 'keberkatan' rezeki yang kita terima.

Ada orang gaji sikit, tapi anak-anak dengar kata, jarang jatuh sakit, tak ada apa-apa musibah,

Ada orang gaji banyak, tapi sibuk, anak sorang dua sahaja, kena bayar itu ini.

Kaya tak semestinya bahagia, miskin pun tak semestinya bahagia.
Cukup dengan sekadar apa yang ada,
Cakap senang, pelaksanaannya cukup payah.

*****************************
Masa aku bujang ni, nak pakai kereta smart-smart.
Kereta smart-smart = Mahal bayaran bulanan.
Akibatnya ? tangguh nak menikah..
Atau , buat kerja part time untuk menampung duit keluar.
Masa senggang kurang.

"Dunia ini cukup untuk keperluan seluruh manusia,
tetapi sikit untuk ketamakan seorang manusia."

Cakap senang, nak buat tu payah.
NAFSU aku patut kena tibai banyak lagi neh !

*Nak jadi kaya tak salah, nak miskin pun tak salah. How you manage your wealth will be ask in Mahsyar Court.
Hidup ini pilihan.

via Faiz Sufi

Pendek kata 3

Spend duit poket. Antara makanan dengan buku.
Kau kena faham.

Makanan tu sekali kenyang sekali nikmat, 
tapi buku sekali godak sejuta kali neuron berkembang.

But, yeah... Have it your way lah.

Pendek kata 2

Metafora + Hyperbola =

Benda kecik jadi besar.
Yang biasa jadi indah belaka.
Yang biasa jadi palat supernova.

Nampak? hahaha

Pendek kata 1

Selalunya dalam sesuatu hubungan tu kepulunan lebih terserlah pada spesies yang berjenis feminin.

Yang spesies jantan tak berapa nak hero tu, toya dengan kebajingan sendiri. 
Pastu menadah hamun.

Relationshit jadinya.

Friday, February 08, 2013

Otai rindu

Kadang rasa macam nak je aku jentik fallopian tube kau.
Biar senak sampai ke sum-sum.
Bagi terburai segala kapilari lalu membasahkan hati kau dengan rasa cinta.

Lalu lemas dalam rindu abadi.

Kaki bintang

‎...76...77...78...79...

Aku tengah kira bintang. Aku sanggup habiskan.
Bukan sebab nak buktikan cinta.
Tapi nak tunjuk yang aku tak discalculia.
Aku dah serik diduakan. atau tiga. 
mungkin empat?

setan betul.

Lawa Kematian

Aku kenal seorang ni.

Dia kata kematian itu sendiri cantik dan indah.
Membawa berita gembira kepada orang baik-baik.
Memberi kerinduan pada yang beringat.
Menyebar kewangian pada kehidupan.

Dia kata orang yang beriman dan kematian
ibarat pasangan kekasih yang mencandu cinta.
Semakin dekat, semakin gembira.
Sikit bibit gabra, tapi teruja.

Seri itu datang selepas kematian.

Tuesday, February 05, 2013

Jaro


Jab, jab, right hook.
Jaro masih belum puas. Gilanya datang balik. Walaupun sudah lima kali jutsu kombo kegemarannya itu dilayangkan ke sebuah punching beg. Peluh semakin renik di segenap tubuh, dengan baju pejabat yang belum sempat dilucutkan. Amarah shaiton dalam diri masih belum dapat dijinakkan. Namun Jaro terpaksa akur pada tubuh, tunduk sambil kepala menggeleng-geleng mencari nyawa. Semput.

“Hampeh! Baru tinggal tiga hari dah bikin semput.” Kedua-dua tangan Jaro menapak pada kepala lutut. Oksigen dan karbon dioksida berselisih ganti mengharung trakea untuk ke alveolus di segenap paru.

Tubuh diundur, langkah diatur dua tiga ke belakang mendepang ruang. Jaro melucutkan satu persatu. Jaket mahal, tali leher, kemeja, jam Casio dan singlet hitam. Susuk tubuhnya dilingkar tiga empat jenis parut di tempat lain-lain dengan terselit pelbagai kisah yang malas diungkit, dibiar tertanam bersama di sebalik parut. Satu persatu parut berbalur dilayari jari jemari mulus, nafas semakin kencang tak semena. Jaro mendengus macam bison gila darah lantas mencapai sepasang sarung tangan tinju yang tergantung dan disarung kemas pada tangan. Penumbuk digenggam kemas, punching beg digodam lagi ibarat meteor menghentam bumi.

Royan Jaro tiba-tiba ditarik dengan deringan semakfon yang hanya kedengaran sayup dari poket jaket mahal. Satu mesej diterima, turut tertera nama Tisha pada skrin. Hati yang dirodok dendam amaratu bissuk kini beralas permaidani flora. Jari Jaro menari dengan cekap selincah kougar pada muka skrin semakfon sambil wajah keayuan  Tisha bermain-main di kotak imagi.

“Malam ni pukul 8, tempat luar biasa. Kau tahu kan?”
Mesej ni bikin kerut pada dahi luas Jaro yang licin dan bebas cemar gerutu jerawat. Dia gumam menggali lubang memori sambil merungkai klu pada mesej ringkas Tisha. Tapi macam tak sampai.
Tempat luar biasa mana yang kau maksudkan ini? Baru lima kali kita keluar sekali bersemuka setelah 15 tahun hilang khabar dan setiap kali pun berjumpa di tempat lain-lain.

“Aaah! Setan la kau ni Tisha. Selalu buat aku macam ni.” Monolog Jaro sendirian sambil tepuk dahi dengan tapak tangan yang masih bersarung. Tak semena-mena lagi satu mesej dari Tisha meluncur ke semakfon Jaro.

“Annoying tak? Hehe Kita lepak medan lah malam ni. I kepingin Char kueytiaw.”
Jaro tersengih kerang macam dia sorang saja yang terer sengih dalam dunia ni. Saat itu hati kembang tak tawar mengalahkan gula yang memikat segala serangga dari dunia hobbit untuk turut gedik mencuit .

Monday, February 04, 2013

Sangsi

Aku tak tahu apa akan jadi pada semua maknusia...

Kalau satu hari nanti aku dapat invent satu item:

'Alat pengukur tahap persahabatan'.

Yang boleh bikin kanser pada sosial.
Kasi impak paranoid pada hati yang rapuh.
Mungkin makin ramai yang kan jadi lone ranger.

Serious shit!

Sunday, February 03, 2013

fair?

Kalau orang perempuan menghamun kaum lelaki kerana tidak pandai mengawal nafsu syahwat,

Cubalah orang perempuan terlebih dahulu kawal nafsu mungkar dan keinginan mu untuk berpakaian yang terdedah sana sini

Kalau orang perempuan boleh, tak susah la lelaki nak kawal nafsu...

Ironi kan?
Persoalan yang hampir sama dengan soalan:
"Antara ayam dan telur, yang mana wujud terlebih dahulu?"

cuma bezanya

"Antara perogol dan perempuan berpakaian seksi, yang mana muncul terlebih dahulu?"

Setakat nak membangkang dan membantah dalam kedhaifan ilmu semata-mata untuk ikut peredaran fesyen...memang JAHIL

Aku taktau macam mana perempuan pakai seksi, tertonjol sana sini lepas tu nak expect takda lelaki pandang...

Bila lelaki yang comot selebet terpandang dikatanya miang tapi bila lelaki kacak pandang, dia pula yang gedik lebih, lentok liuk badan tonggeng sana sini tunjuk kat laki tu....

Aku taktau macam mana perempuan yang pakai seksi-seksi tu berani jamin dirinya tak akan dirogol. Tapi diusik, dirogol, lelaki pula dipersalahkan atas sebab tak reti kawal nafsu.

Aku taktau macam mana orang-orang perempuan ni expect orang lelaki nak kawal nafsu yang walhal air mata sendiri pon tak mampu nak kawal

Kalau perempuan nak expect lelaki untuk kawal nafsu syahwat mereka, tidakkah mereka terasa macam hampeh?

kalau kaum lelaki berkata "kami expect orang perempuan dapat menahan nafsu duniawi mereka untuk tidak memakai pakaian seksi lantas menutup aurat dengan sempurna"

Fair tak?

sinopsis: Laif Saikel


Melingkar likuan laku, melopor haluan nafsu

Mentaharah kalimah nista

Muntah darah la bagai ditulah

Kita hanyut terbiar sayup, kelambaian celah hari nanti dibelah

Tak berlabuh sang tari tak terkejar si purnama

Meriuk raga melacur isi pati kejujuran

Hilang kisah pada simpati, lalu empati disepah

Tak bergoyah sang pohon tak terkuis si bayu

Mangli barangkali

Kita dimanusiakan, ditaruh kecintaan

Ia lah lebah yang saring mencari botani

Tapi transit di bunga, debunga dilarikan

Menghindar si flora pasrah berserah, masih berkembang memberi senyum

Tak berbaran sang bunga tak tertabu si lebah

Bunga tak dendam
Lebah gembira

Bunga berbisik sendiri,
"Satu hari tiada lagi debunga, tapi virus. Maut."

Friday, February 01, 2013

Pesen



Berasid kao-kao hati aku dengar perkataan satu nih.
Lagi berbisa daripada heartburn.
Dan aku siapkan entri ni pun dalam keadaan kepala berapi macam ghost rider.
Sebabnya, aku baru saja lepas tengok satu rancangan kat tv yang eksklusif untuk wanita muslimah dan terdapat banyak slot ‘menarik’ yang salah satunya slot fesyen muslimah. Ni julung kali aku tonton rancangan nih.
Starting tu aku dah rasa sejuk. Syukur masih ada rancangan yang mengetengahkan kepentingan menutup aurat bagi muslimah. Tapi sampai tengah-tengah cam ada bibit-bibit racun lak.
Aku bengang secara lisannya. Aku blah masuk bilik tinggalkan tv cakap sorang-sorang dengan mak aku. Nak ja aku penapak muka tv flatscreen yang satu setengah inci tu dan aku dapat bayangkan tapak kaki aku tembus tv sampai ke dinding. Tapi sedar tv tu bukan duit aku.

Bagi aku FESYEN tu istilah yang digunakan oleh penakut.
Orang yang takut untuk nampak biasa, sederhana yang lain dari orang lain.
Tak kurang juga bajet tak nak terikut dengan mainstream. Dah macam krisis personaliti.
Boleh blah lah kau, dengan semua mainan otak kau tuh.
Orang kata fesyen itu penting. Mesti up to date. Penampilan itu sangat penting dan macam-macam lagi bullshit haprak yang aku dengar. Ini masa musim ada fesyen terkini.
Fenomena jakun, sekejap saja.
Tapi lepas tu banyak la pulak keluh kesah yang aku tak nak kisah.
Datang wartawan tv dan majalah temuduga anak-anak dara kat mall, tepi jalan, restoran, tanya fasal pendapat perkembangan fesyen. Secara rawak.
Mangsa dengan tidak semena-mena senyum sehabis kudrat. Control ayu. Perbetul kain lah bagai nak jugak lagak depan mata lensa. Tak tau cuma bahagian kepala sampai bahu saja yang muat skrin.
Mula interview. Setengah positif, setengah negatif, suku lagi tak layak direkodkan.
Ada yang kata, “Fesyen ini boleh mencorakkan peribadi.” Ada juga kata, “Fesyen depat menonjolkan sifat profesionalisme juga kematangan yang ayu.” Itu memang bagus.
Ini satu komen yang panjang, dan menjatuhkan komen-komen yang lain.

“Fesyen itu bagi kita nampak hebat. Sesetengah fesyen menampilkan kelainan. Tapi percaya cakap saya, tanyalah wanita, perempuan mana pun, siapa yang tidak penat mengejar fesyen? Hari ni keluar stail tudung baru, esok lusa dah jadi turban. Tak ke haru? Dah ke mana fesyen tudung baru tadi. Tak sempat pun nak trending dah pupus. Lelaki senang. 20 tahun hidup dalam gua pun sempat ja nak kejar balik stail baru.”
Betul tak kenyataan ni?

Komen-komen yang tak dilayak direkod pulak semua memang tak boleh pakai langsung.
“Nak bersinglet dan pakai legging boleh ja, asalkan yang berunsur muslimah.”
Kalau itu buat pakai dalam, luar pakai cadar pembalut tilam ada lah jugak betulnya. Tutup aurat.
Aku rasa minah tu sendiri pun tak tau apa jenis singlet, dan apa itu legging.

Nak berfesyen tu tak salah pun. Janji kekal atas landasan yang betul.
Zaman sekarang dah terdesak. Nak capai glamourous.
Berlaku persailangan antara semua pereka fesyen yang wujud.
Sampai ada yang pesong.
Alasan mudah, “Tak ketat pun, nampak bentuk sikit je. Yang penting cantik dan orang dapat terima.”
Ini ayat macam setanirrajim.
Kau martabatkan fesyen lagi tinggi dari landas aqidah kau.

Aku sumpah benci gila zillion lemon googolplex cabai wasabi naga batak, rancangan yang bertopeng konon menegakkan aurat muslimah tapi menyuntik racun perosak aqidah.
Tak terkecuali designer yang tak layak langsung pegang title pereka fesyen muslimah. Sentuh pun tak boleh. Kau nak pesong, pesong la kau sorang-sorang tak payah gedik gelaban nak suruh ramai-ramai join kau. Kalau ada jugak, aku rasa cranium kau orang banyak siputbabi.

Aku dah tegur tapi kau orang hentam aku macam hantu. Kau orang masuk lah neraka.
Aku tak nak cakap banyak tapi nak mintak tolong ja. Kirim salam kat firaun.

BUAH KEPALA 2


Pernah tak kau terfikir nak fikir sesuatu?
Pernah kau cuba-cuba mencabar tahap kepanjangan akal kau?
Pernah tak kau terfikir sesuatu yang tak terfikir oleh orang lain?
Buah fikiran yang kau sorang saja cetus dalam dunia ni.
Mustahil. Tapi mungkin.

Kau pernah terfikir tak kalau-kalau kita ni hanya klon?
Dan hidup di sebuah planet bumi, juga klon daripada bumi asal.
Yang terletak googolplex perbatuan nautika jauh dari kita
tapi masih terapung atas cakerawala yang sama. Berkongsi semesta.
Hidup kita dikelilingi perkara dan perincian yang telah diklonkan.
Malah semua bahan yang kita rasakan benar, realitinya tiruan. Dan otak kita ditipu untuk percaya semuanya adalah solid sempurna, cantik, sedap, empuk, selesa, nyaman.
Makanan yang kita rasakan sedap di bumi ini, tapi berjuta kali ganda lagi sedap di bumi asal.
Pizza, burger, kentang, kek keju, semua perisa ais krim, buah-buahan paling segar, sayuran sangat hijau, ternakan paling sihat dan gebu, makanan sedia masak yang bebas bahan tiruan, racun dan pengawet . Semua yang kita jamah di sini hanya taraf sisa makanan saja. Sisa makanan sebulan yang lalu. Kucing siam pun tak gedik nak jeling.

Hidup kita di planet klon ini hanyalah sebagai bahan eksperimen terulung
kepada jasad kita yang sebenar. Di bumi yang benar.
Dan mereka senantiasa memerhati setiap gerak-geri kita.
Mereka mengkaji semua kesilapan, keburukan, ketamakan dan kejahilan kita.
Sedangkan mereka hidup aman di sana.
Berjaya mengelak setiap bencana, perperangan, permusuhan, bebas sengketa.
Keamanan, kebahagiaan tak terbatas. Lebih bahagia daripada kita yang ‘sangat’ bahagia di sini.
Semua hasil pemerhatian mereka ke atas klon mereka sendiri. KITA.
Agak-agak macam mana tahap politik di sana? Atau suasana kejiranan di sana?
Keadaan di sekolah dan institusi pendidikan lain?
Mesti tahap tersangat-sangat gila lemon bapak hebat.
Kalau pada abad ini kita ada seorang yang paling genius dengan kadar IQ 230 (tertinggi buat masa ni), Terrance Tao yang telah menjadi profesor pada umur 24 tahun di UCLA. Mungkin itu adalah kadar yang average, tahap orang biasa-biasa saja di bumi sana.

Tak dapat bayang.

Bagaimana kalau hati dan perasaan kita juga adalah klon?
Sayang, cinta, simpati, marah, benci, kasih, sedih, dan gembira yang palsu belaka.
Atau apa yang kita fikirkan sekarang juga adalah buah fikiran yang klon atau telah diprogramkan!
Macam mana jika hasil penulisan ini juga adalah ilham atau arahan daripada aku yang sebenar?!
Bungkam? Sabar, jangan gila dulu.
Tarik nafas dalam-dalam dan bertenang saja.
Sedarkan diri.