Saturday, September 21, 2013

Sepian

Doa aku pada malam ini dan malam-malam berikutya adalah sama. Memang akan sama. 
Aku mengait kalungan doa pada setiap kali batang tubuh aku tersungkur di celah-celah bilahan hari yang hambar. 


Aku mahu ber-evolusi. Bukan lagi hanya seorang homo-sapiens, tetapi menjadi super-sapiens. 


Tuhan. 
Tunaikan permintaan aku kali ini. Ini saja.


Kembangkan, besarkan sepasang tulang scapula aku agar menjadi sayap yang boleh aku tebar untuk hamba-hamba berteduh di bawahnya.

Seyka3

"Kau tengah pikir apa tu?"
-Soal aku sambil tarik tali kasut dia. Terurai. Aku biar.

"Tak ada apa. Kosong."
-Monotone. Dia jeling ke aku-tali kasut-aku-langit.
-Aku sengih. Sudah jangka.

---sunyi---

"Seharian aku dengan kau, baru sekarang dengar suara. Berat sangat?"
-Aku baring di sebelah dia. Merenung kayuhan awan.

"Sepasang Deltoid kau tu, macam sepasang sayap malaikat. Gagah."
-Langit lohong masih dia renung liar. Tiada mangsa.
-Satu senyum ringkas muncul.

POKKK!!!

"Cheesy la bodoh."
-Bubun aku ditepuk palmar. Mampat. Hilang dunia aku sesaat dua.

Menyerah saja

Tajam.
Ya, senyum itu tajamnya seperti sebilah pisau
Sekali kau senyum, maka terhirislah hati hamba-hamba
Dicakar ngilu yang kemudian mekar menjalar mengakar serotonin
Tanpa sedar
Orbicularis oris hamba-hamba juga menguntum satu senyum manis.

Seyka2

"Luka tu...kau rebah lagi?"
-Lutut, siku, tapak tangan bercalar dan masih merah basah.

"Mari sini aku tengokkan. Cepat."
-Hanya pacakkan jari tengah yang aku dapat. Kelu.

"Ini. Semua apa yang lu nampak ni, baru sikit. Yang lu tak nampak, kat sini."
-Jari tengah tadi ditujal berkali-kali ke dada.

Burn

Pendiskriminasi idea adalah golongan pemikir fakir.
 
-aku-

Akuan aku

Kita berinteraksi/berkomunikasi dengan orang tak kira di mana. Tapi aku perasan satu perkara. Tak kira siapa pun yang bercakap, topik yang paling dia suka adalah pasal diri dia sendiri. Ceritalah pasal apa sekalipun, last tu akan patah balik ke dia juga.

"AKU rimaslah dengan dia tu..."
"AKU rasa kalau..."
"AKU penat nak layan..."
"...memang macam tu. Tapi kalau boleh AKU nak..."
"Dia tak kisah pun AKU nak buat apa yang..."

Jarang ada yang perbualan yang harmoni.

"KITA pernah buat ni masa..."
"Nanti KITA pergi..."
"Apakata kalau KITA..."

Entah bila.

Elect

Kita memilih kawan yang ceria, meriah, melawak sakan n etc utk hidup dengan kenangan 

manis...tapi kita perlu jugak kawan yang pendiam...sebab depa pendengar yang baik dan 

setia bila kita perlukan tempat untuk mengadu... (seriously)

Senonoh

Kau
Bising sana sini
Nak mempertahan 'mahkota' kononnya
Tak sedar
Satu persatu laku kau menggugurkan tatahan permata pada mahkota tu.

Seyka

"Beb, kau rasa aku ni kasar ke?"
-Terus dia menguap. Tapi bukan palsu. Aku tahu.

"Kalau kau terasa ke apa, aku mintak maaf siap-siap nih."
-Dahi mula berkerut. Pandangannya beralih dari mata aku ke bucu meja.

"Tapi kau tak pernah merungut pun kan? Hahaha baguslah kau ni."
-Tenang. Dia buat air muka 'annoying, bapak keju'.

"Aku serius-lah bangkai!"
-Layangan lempang aku ke dahinya ditangkap. Macho sekali.

"Aku tahu kau tak suka cakap pasal ni, tapi bila lagi?"
-Lengan aku masih dalam genggaman dia. Makin kejap. Sakit sikit.

"Bukan. Aku ni penakut. Aku takut aku terbiasa dengan hadir kau dalam atmosfera aku. Bila satu masa kau lenyap nanti, aku akan terasa. Dunia aku hilang hampir semua. Kau pun begitu, kan?"

Perlahan cekak dilepas, perlahan tangan aku mencecah bumi. Hilang sakit di lengan, menjalar ke hati. Sayat. Akal terasa dibelit memori. Entah mana satu paling supernova. Ketat, bagai tak wujud istilah nafas. Kau saitan, sedarkan aku dengan semua ni.

Kubur realiti

Kenapa kita takut untuk bercinta dengan penipu?

Sedangkan kita sendiri dilahirkan di tanah yang pembangunannya dari dasar dusta bukan?

Cis cis cis!




Kita. Orang kita punya semangat ibarat mancis.

Sekali diguris, terus menyala berkobar-kobar.
Percik apinya kecil, panas dan membakar.
Tapi sekejap saja.
Api terpadam, tinggal hujung yang rentung dan rapuh.
Terbakar tak pernah habis-habisan sampai ke hulu.


Lalu batang itu dibuang jauh-jauh.


Mancis itu murah. Mujur ada berkotak-kotak. Mujur (?)
Sekali diguris, sekali menyala, sekali hangus, sekali dibuang.

Memang semangat kita bagaikan mancis.

Orang kata plastik itu sampah

Aku perhati saja.
Orang sekarang takut untuk menjadi diri sendiri. Orang sekarang takut pada orang lain yang sedang selesa menjadi diri sendiri.

Aku tak faham.
Kenapa orang yang sedang menjadi diri sendiri tu perlu ditohmah dan dipandang senget seperti alien?
Lalu orang yang 'plastik' itu pula dengan bangga mengangkat diri. Megah dengan kepalsuan. Malah dia dipuja dan diiktiraf oleh sekumpulan orang lain yang penakut.

'Plastik' itu lahir dari jiwa yang takut pada diri sendiri. Jiwa yang takut dirinya tidak disukai orang lain. Jiwa yang terlalu kisah pada kata dan persepsi orang. Jiwa lemah yang tak mampu mempersetankan dunia demi kebebasan diri.

Luncurlah dengan aman dan jadamkan saja segala serong hakim di depan.
Aku adalah AKU dan kau adalah KAU. Hidup dengan sendiri.

Hilang

Rindu rindukan katanya dari jauh sana. 
Aku hanya mampu berilusi halusi membayang gila kita bila bersama.

Hakikat

Satu malam aku bertanya, "Kalian, apa itu sayang?"

Ani - "Selagi kau setia dan sanggup berkorban."
Ayu - "Sesibuk mana pun, kau tetap ada masa untuk dia."
Ati - "Kalau kau sayang dia, kau tak akan sakitkan hati dia."
Acu - "Cemburu pun tandanya sayang jugak."
Awi - "Sayang tu macam aiskrim. Bikin hati sedap, sejuk dan cair."
Ali - "Kau bagi whiskas je kat die. Kompom die sayang kau."

Terima kasihlah Ali. Kau sorang saja yang faham aku. Asal bicara soal hati dan perasaan kenapa perlu dikaitkan dengan sesama manusia saja. Si Comel aku pun nak disayangi jugak kan? kan? kaaannnn?

Meaw~ meaaawww~