Saturday, December 29, 2012
Isu kotak
Aku bukan yang dulu lagi
Aku berubah. Bajet nak berubah.
Kotak fikiran aku dah lain.
Kalau dulu kotak kertas, tak padan dengan kecik,
dibalut pula dengan surat khabar.
Dah surat khabar yang berkurun, bercetak pulak bahasa asing
tambah bertampal-tampal pulak sana sini.
Orang tak pandang. Walau pejam mata sekali pun, muka tak nak juga mengadap.
Macam setanirrajim.
Tapi sekarang aku kotak yang luaran kalis air,
dalam boleh takung air pelbagai perisa cuma tolak air jijik.
Aku kotak yang diisi dengan perkara manfaat.
Kotak yang bakal membahagikan fungsi otak kau dari dua kepada empat.
Atau mungkin enam. Atau lebih ekstrim lagi multifungsi.
Ini harapan.
Aku sedang mencari atmosfera baru. Dengan ozon yang cergas bebas cemar.
Keadaan yang selesa dan menambah warna pada kotak aku.
Keadaan yang selamat untuk kotak aku membesar.
Aku perlu lubangkan kotak aku comel-comel.
Dari lubang tu aku nak usha dunia luar.
Aku akan usha se'detail' berjuta pixel dengan lensa kurniaan aku.
Biar aku nampak bersifat obsesive compulsive disorder
dengan kecomelan kotak aku.
Aku nak comelkan puas-puas.
Biar sampai kau tergedik-gedik busuk nak usik kotak aku.
Aku introvert. Terlebih Dopamin,
Tak cukup Adrenalin. Selalu overdose dengan situasi
Friday, December 28, 2012
JELES
tengok pemuzik terer main instrument
tengok hero Malaya pandai berlakon
tengok penyanyi bersuara merdu
JELES JUGAK
tengok jejaka yang berani mengimamkan solat
tengok muazin yang lantang melaungkan azan
tengok khatib yang tegas berucap memberi peringatan pada hati ummat yang rapuh

aku, kenduri dan penulis
Kenduri. Aku semakin suka
kenduri. Kenduri kahwin yang meriah, memang sah boleh dekatkan hati dan
rapat-rapatkan hubungan.
Rumah kenduri kahwin tak jauh dari rumah aku. Hari ini semangat yang datang gerakkan tubuh aku untuk sampai ke rumah kenduri.
Tak kenal sesiapa pun. Tapi berkait juga dengan aku dalam satu dua hal.
Situasi hampir sama seperti sebelum ni. Rumah di kelilingi sawah padi, segar menghiijau. Percaya cakap aku, hijaunya sawah tu sampai terpukau psikologi aneh kita sampai tak terasa pun panas matahari mencacak terik dari atas.
Rumah kampung. Tak besar mana pun, hanya sebahagian simen dan sebahagian kayu papan. Kiri, kanan, depan dan belakang rumah ada sawah. Hanya satu lorong kecil beralas batu-batu tanah saja yang hubungkan dari jalan utama ke rumah kenduri.
Kalau kelmarin lepas aku jumpa pak cik adiwira biola, hari ini aku terjumpa seorang lagi legen. Bahagia terawang-awangan.
Seorang penulis yang sedang naik, sedang dikenali dan semakin diterima stail penulisan beliau.
Seorang yang individualist, idealist. Paling hebat.
Biarlah bukan di mata orang lain tapi sekurang-kurangnya di mata aku.
Jiwa ana sendiri ana punya sukalah.
Aku sanjung peribadi dan pendirian beliau. Semua itu punca tangan aku terketar-ketar, dada aku berombak pasang surut.
Hati kata persetankan semua itu, tapi neuron aku tak dapat respon. Langsung tak.
Selepas masing-masing siap jamu tekak kami saling berserempak.
Ini awkward.
Senyuman manis tak nak mengalah dari kedua-dua belah pihak sebagai buah mula untuk 'establish rapport'.
Aku mula bersuara, "Dah berapa hari kat sini?"
Terasa bodoh kejap.
(Aduhh mana ucapan salam aku?? Gabra lebih lak. Dia pun orang jugak, maknusya macam aku)
Dah rasa tak sweet.
Beliau? Terus menjawab, bersahaja. Nampak pro dan sikit lagak bajet di situ.
Perbualan berterusan. Beliau tunjukkan aku sebuah penulisan.
Buku Cerpen Nadia Khan. Kulit dah remuk tapi bersih dari cemar.
Aku capai dan selak secara rawak pada muka-muka penting.
"Menarik!" aku hulur balik buku tu.
Penulis itu membuatkan aku berkeinginan kembali pada buku-buku tebal.
Koleksi novel aku pun entah ke mana masa ini.
Sesi kami tidak lama. Masing-masing ada agenda perlu diurus.
Kami blah menurut haluan sendiri.
C'est la vie

Pak cik adiwira biola
Cuti panjang, kenduri
kahwin merata-rata.
Semalam aku menjadi driver mak aku, kami berdua ke kenduri di Kangar. Jauh perjalanan tapi pertalian kami dengan tuan kenduri, dekat.
Hampir 2jam perjalanan, kami tiba di lokasi rumah kenduri. Tapi mana rumah kenduri? Kiri kanan jalan penuh kereta parking, dari sekecil-kecil kereta sampai sebesar-besar dan mewah. Sebelah jalan hanya sawah padi yang masih menghijau.
Orang ramai. Jalan sesak. Susah nak parking kereta.
Mujur ada adik-adik JKJR disitu membuka jalan ke tempat parking.
Pelik. Orang sangat ramai tapi sunyi. Kami berjalan mencari rumah kenduri. Ternampak orang tak putus keluar masuk dari satu lorong kecil yang dihimpit antara kedai makan dan carwash. Kami terjah.
Dalam lorong kecil pun dah macam pasar malam. Ramai. Sambil berjalan aku nampak banglo tuan rumah, ada 10 khemah tetamu, 2 khemah DJ, 1 khemah kumpulan ghazal Perlis.
Meriah.
Makanan pelbagai. Rojak, koey teow goreng, teh tarik, keli bakar, ayam golek, laksa.
Air variasi. Sirap selasih, laici, teh bunga, mata kucing, oren, anggur, cincau.
Aku tak fikir banyak, nak layan perut lapar dulu. Aku tak hirau pun orang ramai, bising. Malah takda seorang pun yang aku kenal. Rasa terasing. Aku beratur di dapur koey teow goreng. Aku tenung brader yang menggoreng tu tanpa belas kasihan. Tak henti tangan kiri kanan dia tergawang sana sini kaut kerang, raih taugeh, sambar kicap, cili dan minyak. Aku senyum, tapi tak berbalas. Dendam, tapi koey teow tetap jugak fevret aku. Sabar. Mungkin brader tu penat, fikir benda lain.
Aku makan semeja dengan orang yang asing. Aku senyum, mereka senyum. Masing-masing dengan juadah tersendiri, layan perasaan, layan tekak, jamu perut.
Tengah makan, aku dengar gesekan biola dari speaker besar di khemah ghazal.
Merdu.
Pakcik tua berkacamata, segak berbaju batik emas dan seluar hitam dengan kasut hitam yang bersilau. Penuh perasaan.
Aku tergerak dengan gesekan biola si pak cik. Cepat-cepat aku sudahkan makan, aku gegas ke depan khemah ghazal. Aku capai kerusi dan duduk menghadap sembah tepat ke arah pak cik yang bermain biola. Aku tak hiraukan penyanyi, aku tak kisahkan pemain rebana, aku tak layan pemain gong. Aku nampak pemain biola.
Aku tak kisah dengan orang ramai. Malas nak layan.
Sikap introvert kembali mengawal diriku.
Indah, merdu sangat pak cik tu bermain biola. Lagu Melayu asli klasik, hindustan, arab, semua dia pukul. Semua sedap.
Sejam aku terbazir, hanya memerhati jari jemari pak cik tu menari di leher biola.
Aku ingin menjadi pemain biola. Detik hati kecil. Itu mustahil, balas otak malasku.
Haih... andai aku dilahirkan sebagai seniman

keletah Heroes
aku bukan sesiapa...
BULAN
aku tak dapat capai
MATAHARI
aku tak dapat tatap lama
BINTANG
aku tak dapat pungut
BAYU
aku tak dapat kirimkan pesan untuk membelai mu
aku bukan SUPERMAN yang mampu terbangkan kau ke angkasa secara percuma untuk menikmati keindaha malam semesta.
aku bukan SPIDERMAN yang punya kamera mahal untuk tangkap dan miliki gambar-gambar manis kau.
aku bukan THE HULK yang sanggup melindungimu dan menerima berjuta tan sinar radiasi kemudian bertukar menjadi mutan.
aku bukan IRONMAN yang punya teknologi tecanggih untuk keselesaan kau.
aku bukan ahli THE AVENGERS.....
tapi aku punya hati perasaan seperti mereka
seperti SUPERMAN & LOUIS LANE
seperti SPIDERMAN & MARY JANE
seperti HULK & BETTY ROSS
seperti IRONMAN & PEPPER POTTS

menduga
Aku tak tahu macam mana
perasaan tu...
Bila suatu hari nanti, satu-satunya best friend aku pergi buat selamanya...

Kawan yang paling baik, paling rapat. Sejati.
Hari ini meriah, huru-hara, sembang meribut.
Tiba-tiba esok senyap, hilang sekelip mata.
Hapus.
Rasa bisu
sebab tiada lagi
teman untuk aku bergebang kencang.
Rasa tuli
sebab tiada lagi teman yang nak bising-bising bagi nasihat, kacau, usik-usik aku.
Rasa kosong
sebab
tiada lagi teman yang selalu datang kacau hidup aku, ajak jalan-jalan, pau maggi kari aku, hack facebook aku post status macam bangkai.
Rasa hilang
sebab tiada lagi teman yang faham situasi aku, tolong aku bila aku hilang punca, soulmate aku, sekepala
dengan aku....
MUNGKIN saja. Aku tak tahu.
aku belum bersedia untuk semua ni.
aku belum bersedia untuk semua ni.
Aku introvert. Terlebih Dopamin,
Tak cukup Adrenalin. Selalu overdose dengan situasi
INTROVERT
INTROVERT.
Kau tahu apa itu introvert?
Kau tahu betapa beruntungnya kau ada kawan yang introvert?
Sebab mereka kawan yang paling setia.
Tapi hanya 25% sahaja atas bumi ni. Minoriti.
Kenapa? Pelik?
Itu alasan kau. Apa yang mereka buat melanggar norma, tapi tak pernah songsang.
Kau yang extrovert tak pernah menghargai mereka.
Kau mesti tak tahu ini, kan?
Dunia tanpa introverts akan menjadi satu dunia dengan sebilangan kecil saja:
saintis, pemuzik, artis, penyajak, pujangga,
pembuat filem, doktor, ahli matematik,
penulis, dan ahli falsafah.
Tak tahu kan?
Kau tak tahu kami yang introverts ni terima bertalu-talu tohmahan.
Kami didiskriminasi. Sering disalahanggap, disalah erti.
Bukan kami mahu semua pelik dan aneh tu.
Tapi itu fisiologi neurotransmitter kami.
Dopamin dalam otak kami melebihi kamu extroverts yang biasa.
Kami terlalu sensitif, selalu overdose dengan situasi.
Tapi kami masih dipersalahkan.
Tak seperti extroverts yang lebih pada adrenalin. Cergas, aktif, pantang dicabar.
Hal itu. Kami pilih untuk menyendiri, hidup dalam dunia kami.
Hidup terasing dari khalayak untuk bebas selagi mampu.
Walau masih didiskriminasi dengan cara kami sendiri.
Siapalah kami INTROVERT yang MINORITI ini....

Wednesday, December 26, 2012
LoboS
Kau melobi kepercayaan orang
dengan melacurkan kejujuran kau
Aku nampak. Kau terdesak.
Tapi jangan sampai kau tersedak dengan
sengsara, permusuhan yang kau sendiri cipta.
dengan melacurkan kejujuran kau
Aku nampak. Kau terdesak.
Tapi jangan sampai kau tersedak dengan
sengsara, permusuhan yang kau sendiri cipta.
Aku introvert. Terlebih Dopamin,
Tak cukup Adrenalin. Selalu overdose dengan situasi
Monday, January 09, 2012
first entry
09 01 2012 / 0900:
hoorayyy~~~ ^^ first entri gua setelah setahun gua wat akaun blog neh...
Pertama, aku merupakan satu makhluk, Lelaki.
Seorang insan biasa yang bernama tapi belum ternama.
Aku memiliki kejatian sebagai anak Kedah, yang lahir dari sabuah pekan tidak fana bernama Pendang.
Sebuah pekan yang meriah dengan budi dan adab orang setempat padan dengan keadaan, tak begitu maju tak juga begitu daif.
Lebih 20 tahun aku belajar untuk mantapkan langkah, kukuhkan kaki berdiri atas bumi ni.
3 tahun yang baru berlalu, aku bertungkus-lumus untuk segulung diploma.
Dan, 2013 aku akan bergelar seorang penjawat awam.
Seorang Jurupulih Carakerja (Occupational Therapist / OT).
Bukan nak poyo. Tapi bersyukur dulu, rahmat akan menyusul banyak lagi kemudian.
Introvert tak jauh dari hidup aku.
Salam suai kenal.

introducing....
Pertama, aku merupakan satu makhluk, Lelaki.
Seorang insan biasa yang bernama tapi belum ternama.
Aku memiliki kejatian sebagai anak Kedah, yang lahir dari sabuah pekan tidak fana bernama Pendang.
Sebuah pekan yang meriah dengan budi dan adab orang setempat padan dengan keadaan, tak begitu maju tak juga begitu daif.
Lebih 20 tahun aku belajar untuk mantapkan langkah, kukuhkan kaki berdiri atas bumi ni.
3 tahun yang baru berlalu, aku bertungkus-lumus untuk segulung diploma.
Dan, 2013 aku akan bergelar seorang penjawat awam.
Seorang Jurupulih Carakerja (Occupational Therapist / OT).
Bukan nak poyo. Tapi bersyukur dulu, rahmat akan menyusul banyak lagi kemudian.
Introvert tak jauh dari hidup aku.
Salam suai kenal.
Aku introvert. Terlebih Dopamin,
Tak cukup Adrenalin. Selalu overdose dengan situasi
Subscribe to:
Posts (Atom)