Saturday, December 29, 2012

Isu kotak



Aku bukan yang dulu lagi
Aku berubah. Bajet nak berubah.

Kotak fikiran aku dah lain. 
Kalau dulu kotak kertas, tak padan dengan kecik, 
dibalut pula dengan surat khabar.
Dah surat khabar yang berkurun, bercetak pulak bahasa asing
tambah bertampal-tampal pulak sana sini.
Orang tak pandang. Walau pejam mata sekali pun, muka tak nak juga mengadap.
Macam setanirrajim.

Tapi sekarang aku kotak yang luaran kalis air,
dalam boleh takung air pelbagai perisa cuma tolak air jijik.
Aku kotak yang diisi dengan perkara manfaat.
Kotak yang bakal membahagikan fungsi otak kau dari dua kepada empat.
Atau mungkin enam. Atau lebih ekstrim lagi multifungsi.
Ini harapan.

Aku sedang mencari atmosfera baru. Dengan ozon yang cergas bebas cemar.
Keadaan yang selesa dan menambah warna pada kotak aku.
Keadaan yang selamat untuk kotak aku membesar.
Aku perlu lubangkan kotak aku comel-comel.
Dari lubang tu aku nak usha dunia luar.
Aku akan usha se'detail' berjuta pixel dengan lensa kurniaan aku.
Biar aku nampak bersifat obsesive compulsive disorder
dengan kecomelan kotak aku.
Aku nak comelkan puas-puas.
Biar sampai kau tergedik-gedik busuk nak usik kotak aku.

No comments:

Post a Comment