Friday, December 28, 2012

aku, kenduri dan penulis




Kenduri. Aku semakin suka kenduri. Kenduri kahwin yang meriah, memang sah boleh dekatkan hati dan rapat-rapatkan hubungan.

Rumah kenduri kahwin tak jauh dari rumah aku. Hari ini semangat yang datang gerakkan tubuh aku untuk sampai ke rumah kenduri. 
Tak kenal sesiapa pun. Tapi berkait juga dengan aku dalam satu dua hal.

Situasi hampir sama seperti sebelum ni. Rumah di kelilingi sawah padi, segar menghiijau. Percaya cakap aku, hijaunya sawah tu sampai terpukau psikologi aneh kita sampai tak terasa pun panas matahari mencacak terik dari atas.

Rumah kampung. Tak besar mana pun, hanya sebahagian simen dan sebahagian kayu papan. Kiri, kanan, depan dan belakang rumah ada sawah. Hanya satu lorong kecil beralas batu-batu tanah saja yang hubungkan dari jalan utama ke rumah kenduri.

Kalau kelmarin lepas aku jumpa pak cik adiwira biola, hari ini aku terjumpa seorang lagi legen. Bahagia terawang-awangan.

Seorang penulis yang sedang naik, sedang dikenali dan semakin diterima stail penulisan beliau. 
Seorang yang individualist, idealist. Paling hebat. 
Biarlah bukan di mata orang lain tapi sekurang-kurangnya di mata aku. 
Jiwa ana sendiri ana punya sukalah.

Aku sanjung peribadi dan pendirian beliau. Semua itu punca tangan aku terketar-ketar, dada aku berombak pasang surut. 
Hati kata persetankan semua itu, tapi neuron aku tak dapat respon. Langsung tak.

Selepas masing-masing siap jamu tekak kami saling berserempak.
Ini awkward.

Senyuman manis tak nak mengalah dari kedua-dua belah pihak sebagai buah mula untuk 'establish rapport'. 
Aku mula bersuara, "Dah berapa hari kat sini?"
Terasa bodoh kejap. 
(Aduhh mana ucapan salam aku?? Gabra lebih lak. Dia pun orang jugak, maknusya macam aku)
Dah rasa tak sweet. 

Beliau? Terus menjawab, bersahaja. Nampak pro dan sikit lagak bajet di situ.

Perbualan berterusan. Beliau tunjukkan aku sebuah penulisan. 
Buku Cerpen Nadia Khan. Kulit dah remuk tapi bersih dari cemar. 
Aku capai dan selak secara rawak pada muka-muka penting.
"Menarik!" aku hulur balik buku tu.

Penulis itu membuatkan aku berkeinginan kembali pada buku-buku tebal.
Koleksi novel aku pun entah ke mana masa ini.

Sesi kami tidak lama. Masing-masing ada agenda perlu diurus.
Kami blah menurut haluan sendiri.

C'est la vie

No comments:

Post a Comment