Friday, February 08, 2013

Lawa Kematian

Aku kenal seorang ni.

Dia kata kematian itu sendiri cantik dan indah.
Membawa berita gembira kepada orang baik-baik.
Memberi kerinduan pada yang beringat.
Menyebar kewangian pada kehidupan.

Dia kata orang yang beriman dan kematian
ibarat pasangan kekasih yang mencandu cinta.
Semakin dekat, semakin gembira.
Sikit bibit gabra, tapi teruja.

Seri itu datang selepas kematian.

2 comments:

  1. Sebenarnya kematian itu adalah kehidupan.

    ReplyDelete
  2. Yeap.
    "Seri itu datang selepas kematian."

    atau miss nak jelaskan sikit erti sebenar 'kematian'?

    ReplyDelete