Wednesday, January 09, 2013

Ekspedisi IRAU





13/12/12
Merupakan hari terakhir kursus Induksi di KSKB Sg. Buloh. Tepat 5pm menurut buku aturcara program akan tamat tapi meleret gak sikit. Aku tunggu sampai betul-betul line clear untuk blah awal tanpa disedari sesiapa pun.

Bukan aku sedih dan tak mahu sesiapa nampak aku menangis.
Bukan juga nak buat kemas kata air mata aku terlalu berharga untuk tumpah kat auditorium tu.
Cuma perasaan nak meraikan dan berpisah dengan kawan-kawan tu takda.
Tak sebak, tak syahdu. Kosong.

Hati aku saja yang bermadu, mak ayah aku dah sampai sejam yang lalu.
Barangkali sedang mengeteh di kafe Hospital Sg. Buloh.
Aku dapat rasa aura-aura dari belakang, yang boleh nampak jelas dari anak mata hampir semua mereka.
Termasuk yang bermuka jantan gangster. Aku terusik, geli.
“Apa hal mamat nih?”

 Selantas itu juga aku sedar.
 “Ish apa yang tak kena denga aku ni? Orang nak berpisah mesti lah sedih” jawab hatiku dengan sendiri.
 Dan otak aku mula bicara, “Tapi kenapa aku tak sedih? Langsung tak.”

Balik terus berkemas bilik dan sepah-sepahkan khazanah 3 tahun aku dalam boot kereta wira SE yang tak berapa bagak tuh.

SIAP!

Terus blah secepat mungkin. Dalam 6.30pm

Perjalanan terus menerus. Sampai rumah hampir 12 malam.

14/12/12
Bangun pagi. Melilau dalam rumah tak dapat dok diam. Teringat member-member sekolah yang ada event 3 hari 2 malam di Cameron Highland dan misi untuk menawan puncak IRAU. Aku call sorang. Berjawab.

 Aku intro dulu,

 “Assalamualaikum! Ada mana weh?”

di hujung talian berbalas, 
“Waalaikumussalam. Ada ja kat umah ni. Dok bersiap ja. Mai la lepak dulu.”

Aku terus end call, cepat-cepat tukar baju macam superman dan tak cakap banyak aku menerpa keluar mencari kapcai setia aku. Aku hidupkan enjin, tapi tak sempat panas enjin aku dah pederas mencari haluan ke rumah member aku. Bukan selalu, lepas ni janji tak buat dah. Kesian lak kat motor aku tu.

10minit merentas pekan kecil, aku sampai di rumah member aku. Baru dua orang sampai.

“Budak len mana weh?

Paen memintas, “Depa dah on the way tu, sat lagi sampai la. Biasa la, dah memang set pukul 9 Melayu.”

Aku tersengih faham dengan lawak ringan tu. Aku lepak, duduk senyap atas kapcai. Hanya mata aku saja mengekor pergerakan member aku yang sibuk mengemas barang.


Aku bersuara memecahkan kesunyian,

“Berapa orang yang betul-betul jadi pi pagi ni?”

“7 orang ja. Keta lagi sebuah tu ada kosong.” balas Paen sambil tangan tak henti menggawang beg khemah.
Tiba-tiba pergerakan Paen terhenti, mata terpacak kat aku seraya berkata, “Hang takdak buat pa kan? Jom join sekali, ada kosong lagi nih!”

Aku gembira sudi diajak, tapi sikit demi skit perasaan bersalah aku datang.

Tengah malam tadi baru sampai rumah, takkan la hari ni aku nak keluar terus. Kasor je wase.
Pagi2 tu jugak aku gegas bersiap setelah dipujuk manja oleh rakan-rakan untuk meramaikan lagi geng ekspidisi.


Bapakkk tak sempat nak rehat kat rumah dah kuar camping jauh-jauh.

2 comments:

  1. haha berkira ngat aih...
    takat tu yang aku ingat secara ofisial... panjang bab kot lau nak taip kisah 3 hari 2 malam tu

    ReplyDelete