Friday, January 11, 2013

Aku yang TAK WUJUD


MEMANG. Kawan tak akan ikut kita sampai lubang  jamban.
Lepak kat kedai mamak? Tu pun sat ja bro.
Habis teh tarik segelas, roti canai wunne, habis segala topik kau tumis.
Masing-masing balik sarang. Balik pada realiti.
Tapi gimana kok bila lo, ditimpa segala-gala penimpaan yang lo sendiri ngak bisa terbayang?

Susah senang, hidup mati, bahagia derita, sihat sakit, kaya miskin...
Ada kawan yang kau boleh share setiap detik nista dan manis kau.
Ada kawan yang kau rahsiakan segala dari dia.
Ada kawan yang kau nak beritahu semua kandungan dari sel tisu hingga daki yang ada pada otak kau
tapi dia hilang sebelum sempat apa-apa.
Ada juga kawan yang cuma memenuhi ruang hidup kau.
Kawan datang untuk masa tertentu sahaja, terhad, tak dijangka.

Fade with time.
Suck it!

Kawan bertukar seiring masa melayang doe...
Dulu ramai kawan bengap masa sekolah rendah tapi langkau alam sekolah menengah dah dapat kawan baru,
kawan sekolah rendah tinggal beberapa kerat saja.
Hidup makin skema.
Dan memori kita lebih jelas pada persahabatan era sekolah sekendari berbanding rendah.
 Bukan jugak salah kita pun nak lepaskan kawan-kawan tu daripada kotak memori tapi saraf dan sel otak belum matang, tak cukup byte nak tampung semua memori yang kurang penting selain kartun power rangers, batman, mickey mouse, dragon ball, pokemon, digimon, sailor moon, alladin atau cardcaptor sakura. Barbie lagi haa.
 Hingus pun tak kering lagi. Zaman banyak kegoblokan.

MEMANG orang kata kawan tak kekal, kawan datang dan pergi. Kitaran yang berterusan dari kecil, remaja, alam pekerjaan, dari solo ke duet, menjelang dewasa, pertengahan kemudian lewat dewasa dan bawa ke mati.
Hanya kawan kita yang sebenar yang akan kekal dalam kitaran ni.
Pernah terfikir kawan mana yang akan ziarah jenazah kita atau kubur kita esok-esok nanti?

Tapi siapa?
Jawab sendiri.
Aku tak kenal kau.
In fact, aku ni tak wujud pun dalam hidup kau.

2 comments:

  1. Tapi siapa?
    Jawab sendiri.
    Aku tak kenal kau.
    In fact, aku ni tak wujud pun dalam hidup kau.

    Entah kenapa, aku terasa ini dituju ke aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan aku tak ramai.
      Jumlah kekal dalam satu-satu masa tapi persona tu berubah.
      Tak spesifik pada sesiapa. 'Kawan'.

      Entri ni dah lama pun aku buat, November lepas.
      Ya. Serius.
      Procrastinate gaban gak ah.

      Delete